Hati-Hati! #scammer


26May

Hati-Hati dengan SCAMMER yang mengaku sebagai agen FCA. Mereka akan menyatakan bahawa pinjaman telah lulus dan pelanggan perlu membayar sejumlah wang untuk pinjaman tersebut disburse di dalam akaun.

Hati-Hati! Ada Scammer menyamar menjadi agen Faris Consultant Agency (FCA) dan meminta sekuriti deposit/wang pendahuluan sebanyak RM300 dari customer.

Meminta Sekuriti Deposit / Wang pendahuluan adalah modus operandi dan taktik scammer. Usah terpedaya dengan taktik mereka ini.

BERHATI-HATI DENGAN 2 NOMBOR SCAMMER YANG MENGAKU MEREKA SEBAGAI:
1) JEBAT 011-28084941
2) NURSUZILAH 010-6657531

Mungkin mereka akan menggunakan nombor lain dan gambar lain dan meletakkan nama syarikat FCA di whatsapp profile mereka.

Saya ingin menegaskan di sini kami di FCA tidak akan mengambil duit pendahuluan mahupun sekuriti deposit. Jika pinjaman lulus barulah ada cas consultant yang perlu dibayar. Jika customer tidak bersetuju kami tidak akan memproses dan menguruskan dokumen-dokumen customer. 

Ingin sekali lagi saya menegaskan kami tidak akan sesekali ambik duit customer selagi file yang tidak lulus, dn tiada persetujuan perjanjian dengan customer. Laporan telah dibuat di Balai Polis untuk menjaga nama baik Faris Consultant Agency.

Dan kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian dari segi wang tunai mahupun hartabenda disebabkan scammer yg menyamar sebagai agen kami di FCA.

Sila hubungi saya Faris Pengurus Faris Consultant Agency (FCA) di talian 0195140145 utk maklumat lebih lanjut. Terima Kasih.


Read More